rcc stevia


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dalam post ini saya akan bercerita tentang pengganti gula didalam minuman mahupun makanan iaitu Larutan Pemanis Stevia keluaran Syarikat RCC Global (M) Sdn Bhd

Saya cerita sedikit secara ringkas tentang syarikat ini. RCC GLOBAL (M) SDN.BHD adalah sebuah syarikat 100 % milik bumiputera yang dahulunya dikenali dengan nama RCC Global Marketing. Pejabat urusan ini terletak di Johor Bahru. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 12.12.12 dan diasaskan oleh En.Azman Bin Mohd Som. Pada NOVEMBER 2013 syarikat ini telah pun dinaik taraf kepada sebuah syarikat SDN.BHD. Syarikat juga menjalankan perniagaan yang sah disisi undang-undang dan memilik lesen AJL: 932070 yang dikeluarkan oleh KPDNKK.

Sekarang kita berbalik kepada produk terhangat syarikat ini iaitu stevia atau secara uniknya digelar RCC Stevia.

Apa itu Stevia?

Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori.

Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid.

Apakah Kebaikan Stevia?

Kebaikan dan kelebihan Stevia telah terbukti secara Kajian Saintifik. Antara khasiat Stevia adalah:

  • Membantu mengimbangi kandungan paras gula dalam darah.
  • Membantu menurunkan kadar gula dalam darah,sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
  • Membantu melawaskan pembuangan air kencing.
  • Membantu meningkatkan tenaga dalam badan.
  • Membantu sistem penghadaman makanan.
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  • Membantu mengawal berat badan (obesiti).
  • Membantu mengurangkan masalah keradangan.

Keunikan Stevia

Perbezaan dan keunikkan Stevia keluaran RCC Global dengan produk keluaran lain adalah:

  • Stevia dalam bentuk cecair dan mudah disukat.
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan.
  • 1 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir.
  • 1 titis boleh memaniskan 200 ml air.
  • 1 botol boleh menghasilkan +- 200 titis.

Cara Guna RCC Stevia

Berikut merupakan cadangan penggunaan RCC Stevia:

  • 1 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir dan anda boleh menggunakannya di dalam minuman dan juga masakan.
  • RCC Stevia juga boleh digunakan untuk membuat sapuan pada anggota luar badan seperti gatal-gatal kulit, melecur dan juga luka.
  • Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan kami mengesyorkan kepada anda dengan mengamalkan titisan RCC Stevia ke dalam air mineral 500ml sebanyak 5 titis dan cuba amalkan dalam 1 hari sebanyak 3 botol air mineral 500ml selama tempoh 3 bulan dan lebih.

Tempahan RCC Stevia

Sekiranya anda ingin menempah atau mempunyai apa-apa soalan tentang rcc stevia, boleh hubungi agen rcc stevia yang berdekatan dengan anda dgn klik logo rekemen di bawah. Terima kasih dan jumpa lagi.