Percutian yang paling menggembirakan


cuti gembira

Apa yang saya nak bercerita dalam post kali ini hanya berkenaan dengan saya semata-mata tentang apakah percutian yang paling menggembirakan bagi saya.

Entahlah mungkin kerana faktor usia saya tahun 2020 ini saya berumur 36 tahun dan bila saya ingat-ingat balik ke masa lampau masa bercuti, saya rasa percutian yang paling saya rasa happy atau gembira ialah bercuti balik ke kampung.

Dari proses nak berkemas lagi dah rasa bahagia selepas itu drive atau pandu kereta bersama anak-anak dan isteri ke pasar raya berdekatan untuk makan-makan berat dahulu dan selepas itu membeli-belah pula air minuman, biskut serta snek untuk dimakan dalam perjalanan tu happynya bagai….dunia ini ana yang punya hehehe.

Dan selepas itu, mula driving ke kampung dengan lalu pulak jalan-jalan kampung, bukit bukau, ladang getah, kelapa sawit, padi serta pemandangan langit serta awan yang jauh mata memandang memang menyegarkan otak.

Saya ni tak suka sangat konvoi sebab saya drive slow-slow sahaja dan suka menikmati proses balik ke kampung itu. Jadi saya selalu balik bersama anak-anak dan isteri sahaja. Lebih bebas nak pusing ke mana-mana juga.

Bila tiba waktu solat berhenti di mana-mana masjid dan selepas itu ke kedai makan memang tak rasa letih sangat memandu. Selepas itu tukar driver, isteri pulak yang memandu rasa isteri pun enjoy dan gembira diatas kepercayaan sang suaminya hehe dan saya pun bolehla lelap mata sekejap sambil layan lagu-lagu yang dipasang kena pulak lagu jiwang…memang best.

Bila kat kampung pulak, yang bestnya pagi-pagi dapat sarapan dengan ibu macam anak kecil yang masih dalam jagaan ibunya. Kemudian keluar berjalan-jalan ronda-ronda ke bandar macam saya ke kota bharu kelantan dan kawasan sekitarnya dan malamnya ke wakaf che yeh macam-macam barangan boleh beli disitu rasa diari hari itu sangat aktif.

Kadang-kadang bila lalu sekolah lama, rasa teruja sangat. Setiap kali lalu mesti nak tunjuk kat isteri dan anak-anak inilah sekolah ayah dulu masa kecil.

Ada satu perkara yang paling best iaitu membeli-belah barang-barang stok makanan untuk family di kampung terutama ma saya sebelum esoknya kami pulang. Perasaan tu walau duit habis agak banyak..tetapi happy tu lain macam.

Jadi itulah percutian yang paling gembira bagi saya kerana bila di kampung automatik mengimbau kembali zaman kanak-kanak dengan ibu bapa, adik beradik, jiran, kawan-kawan serta orang-orang kampung dan kawasan-kawasan tempat bermain dulu-dulu dan tak sangka dah besar rupanya saya ni alhamdulillah…

Iklan: Platform SENARAI.MY untuk carian panduan-panduan atau ebook digital secara online. KLIKSINI