Panduan urus kewangan dengan bijak


panduan urus wang dengan bijak betul

Ilmu Pengurusan Kewangan dari seorang Perunding Kewangan Bertauliah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam posting ini saya ingin bercerita tentang satu panduan tentang wang bagi mereka yang ingin belajar urus wang dengan cara yang lebih betul dan lebih bijak, tak kiralah anda baru mula ada duit iaitu baru start bekerja mahupun anda sedang mengalami masalah kewangan ekoran kesilapan membuat keputusan berkenaan dengan wang dan ingin re-start atau baiki balik kewangan anda.

Macam saya kategori kedua iaitu seorang yang dah berumur 30-an dan seorang yang sedang mengalami masalah kewangan yang agak teruk akibat terburu-buru dan kurang faham atau tidak cukup matang dalam membuat keputusan tentang wang. Jadi saya ingin re-start balik se ok yang boleh. Doakan saya ya.

Mujurlah ada satu panduan ini yang bercerita tentang perihal wang, kebahagian, kekayaan dan ketenangan yang bagi saya amat bagus jika anda turut sama miliki dan baca panduan ini. Panduan ini dinamakan E-Learning Seminar Bijak Merancang Wang atau singkatannya Seminar BMW yang ditulis oleh tuan Afyan Mat Rawi, seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Mungkin anda kenal atau tidak, tapi itu tidak penting, yang penting pemikiran dan pemahaman beliau tentang urus wang itu yang kita mahukan.

Untuk Siapakan Panduan ini

Jika anda nak baiki masalah kewangan, duit selalu tak cukup. Gaji memang selalu tak cukup. Selalunya apabila dapat gaji, ia akan habis untuk bayar hutang. Tengah bulan dan hujung bulan selalu pokai dan terpaksa berhutang. Panduan ini untuk anda.

Mudah sangat terpengaruh dengan promosi jualan murah. Suka berbelanja sampai tak ingat dunia setiap kali dapat gaji. Tapi kemudian tengah bulan akan menyesal dan hujung bulan terasa masa begitu perlahan untuk sampai ke bulan baru. Panduan ini juga untuk anda.

Rasa terbeban dengan hutang piutang keliling pinggang. Rasa macam best dapat beli kereta mahal, buat personal loan dan sebagainya tapi rasa tertekan untuk bayar ansuran bulan-bulan. Maka, panduan ini untuk anda.

Keliru dengan produk-produk kewangan yang ada di pasaran seperti takaful, unit trust. Panduan ini boleh bagi anda kefahaman lebih.

Nak melabur tapi tak tahu nak buat macamana. Serik dengan pengalaman kerugian beribu-ribu RM sebab pernah kena scam dengan skim cepat kaya. Panduan ini untuk anda.

Tak berdisiplin dalam menyimpan. Kalau buat simpanan pun selalunya tak mampu nak konsisten. Lepas beberapa bulan, akan keluarkan. Konon-konon simpan, tapi keluarkan balik. Kalau berlaku kecemasan, tak mampu nak sediakan sediakan RM1,000. Baik anda segera dapatkan formula dalam panduan ini.

Tak tahu nak kira berapa banyak coverage yang diperlukan dan berapa banyak caruman yang sepatutnya. Keliru degan penerangan ejen tentang takaful, medical card yang ada macam-macam versi penerangan. Clearkan dengan panduan ini, panduan ini untuk anda.

Kenapa Panduan Urus Wang yang ini

Ini kerana E-Learning Seminar Merancang Wang atau #eSeminarBMW adalah rangkuman modul mengurus kewangan yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka.

Ia dibangunkan sejak lebih 10 tahun dan dipersembahkan kepada ribuan peserta melalui siri-siri ceramah, program, bengkel dan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di seluruh negara, ia turut digunakan oleh para konsultan kewangan di INFAQ Consultancy untuk membantu pelanggan.

Ini pertama kali dipersembahkan dalam bentuk rakaman video, dan disertakan bersama ebook dalam pakej #eSeminarBMW. Panduan ini merupakan panduan digital dimana anda boleh baca menggunakan Hp atau komputer di mana-mana bila-bila masa.

Isi Kandungan eBook

Bab 1: Pendahuluan

Dalam bab ini anda akan ketahui mengenai merancangan Harta Dan Pengurusan Kewangan. Punca Hutang Rakyat Malaysia dan bagaimana menyelesaikannya serta apa beza antara Perunding Kewangan vs Jurujual Produk Kewangan.

Bab 2: Aliran Tunai Kewangan / Cashflow

Anda akan pelajari tentang Aliran Tunai  atau Cashflow dan pengenalan kepada Formula Kewangan Menggunakan Model INFAQ.

Bab 3: Nilai Aset Bersih / Nett Worth

Anda akan mengetahui bagaimana Menghadapi Gawat. Ibrah Surah Yusuf dan siapa yang akan bayar hutang yang kita buat selepas meninggal dunia.

Bab 4: Simpanan Kewangan / Saving

Bab ini akan memperkenalkan tentang  Simpanan, bagaimana Memulakan Simpanan dan persiapan dalam Merancang Haji.

Bab 5: Perlindungan Kewangan / Protection

Bab ini amat penting memandangkan ramai tidak mengambil berat. Saya berkongsi Fungsi Takaful, Medical Card 3 Dalam 1, Memilih Polisi Yang Betul dan perbezaan antara Takaful Medical Card dan Takaful Penyakit Kritikal. Juga didedahkan Takaful Sebagai Pengganti Pendapatan/Income Protection dan yang paling penting, Baca Polisi Medical Card Anda.

Bab 6: 7 Perlaburan Kewangan / Investment

Bab yang penting ini, saya berkongsi  bagaimana memulakan Pelaburan Pertama, Panduan Pelaburan Amanah Saham, Pelaburan Dan Kepelbagaian, Plan Persaraan; Cara Pengiraan, Emas Sebagai Penyimpan Nilai serta perbandingan antara Bank Konvensional Vs Bank Islam.

Bab 7: Penyucian Kewangan / Purification

Bab ini saya berkongsi Pesanan yang Berharga berkaitan kewangan dan kenapa anda perlu melakukan Hibah dan Waqaf, Perancangan Kewangan Akhirat. Sebagai seorang beragama Islam, ada lagi satu zakat yang digalakkan dilakukan.

Bab 8: Pengagihan Kewangan / Distribution

Merancang kewangan bukan setakat memastikan wang sara hidup cukup tetapi juga merancangan kewangan kematian. Saya juga menyentuh Bagaimana Merancang Harta Sepencarian dan Isu berkaitan Harta Sepencarian. Tidak lupa juga Penama Bukan Pewaris, hal yang jarang disentuh oleh orang ramai.

Bab 9: Penutup

Bab terakhir ini, saya dedahkan apa berbezaan antara Kaya Vs Miskin. Dan akhir sekali bagaimana hendak menjemput rezeki sebagai penutup ebook ini.

17 Rakaman Video pula tentang

VIDEO 1 bermula dengan mindset kewangan yang menjadi asas dalam perancang kewangan. Semua orang mempunyai matlamat kewangan tapi tak semua orang ada mindset yang betul untuk mencapai matlamat tersebut.

VIDEO 2 memberi penerangan satu persatu gambaran kasar modul IQ+FQ=INFAQ ini. Ia disusun mengikut modul cashflow, nettworth, simpanan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.

VIDEO 3 menyebut tentang modul pertama dan kedua INFAQ, iaitu CASHFLOW dan EXPENSES, yang menjadi asas kepada perancang kewangan.

VIDEO 4 masih dalam modul utama INFAQ, tentang contoh aliran tunai membeli kereta yang ramai terlepas pandang.

VIDEO 5 masih dalam perkara asas, berkaitan panduan aliran tunai membeli kereta. Beli kereta tak salah tapi ramai orang yang membeli kereta yang salah. Dari sini kita dapat tengok betapa dengan hanya membeli kereta yang betul dapat meningkatkan simpanan.

VIDEO 6 selepas selesai asas, kita masuk ke modul yang ketiga INFAQ iaitu SIMPANAN. Kenapa penting kita dahulu simpanan? Supaya mudah untuk ke modul seterusnya ialatu PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

VIDEO 7 berkenaan modul 4: PERLINDUNGAN. Ia penting untuk melindungi aliran tunai, aset, simpanan dan memastikan hutang juga terjamin dilangsaikan. Dalam video ini diberikan sample kiraan untuk INCOME PROTECTION.

VIDEO 8 masih berkenaan PERLINDUNGAN, fokus tentang sakit kritikal pula. INCOME PROTECTION yang sempurna memerlukan coverage untuk KEMATIAN, LUMPUH dan SAKIT KRITIKAL.

VIDEO 9 juga masih tentang modul PERLINDUNGAN, tapi kali ini berkenaan tentang medical card. Apakah perkara penting dalam melanggan medical card.

VIDEO 10 untuk memahami serba sedikit produk-produk takaful yang ada di pasaran serta cara untuk mengreview sendiri polisi takaful anda.

VIDEO 11 kita masuk topik modul 5: PELABURAN. Kenapa kita perlu buat PELABURAN dan kaitannya dengan inflasi. Matlamat utama kenapa kita perlu PELABURAN adalah untuk PERSARAAN.

VIDEO 12 masih berkisar tentang PELABURAN, kali ini dengan strategi menghadapi inflasi. Dengan memahami inflasi baru kita nampak berapakah potensi pelaburan minima yang kita patut sasarkan.

VIDEO 13 juga masih berkisar tentang PELABURAN, dan kali ini peluang-peluang pelaburan yang ada serta kos dan risikonya. Dari sini kita boleh pilih Apakah pelaburan yang sesuai.

VIDEO 14 masih dalam topik PELABURAN. Kali ini ialah memahami bentuk-bentuk keuntungan daripada setiap pelaburan berdasarkan startegi CASHFLOW atau NETTWORTH atau kedua-duanya.

VIDEO 15 masuk modul 6: PURIFICATION. Setiap hatta yang kita miliki ada milik orang lain. Kita perlu bersihkan melalui zakat.

VIDEO 16 masih dalam modul PURIFICATION. Kali ini tentang cukai pula. Perkara yang kita tidak boleh dalam hidup, selain mari.

VIDEO 17 adalah modul terakhir, DISTRIBUTION / INHERITANCE, pengagihan harta pusaka. Segala harta yang kita miliki, akhir sekali akan jadi milik waris.

Dapatkan Sekarang Juga Panduan E-Learning Bijak Merancang Wang ini

Jika anda teliti semula isi kandungan dalam ebook dan modul-modul video-video yang diberikan, anda akan faham kenapa saya kata panduan ini merupakan sebuah panduan yang patut semua orang baca kerana kewangan itu semua orang akan laluinya, bak kata pepatah Makan Garam, iaitu kita belajar daripada mereka yang telah melaluinya dan memahaminya. Bagi yang baru nak mula tentang kewangan, tahniah anda jumpa satu ilmu awal-awal lagi tetapi bagi yang sedang alami kesalahan kewangan, marilah kita sama-sama re-start balik portfolio kewangan kita.

Juga sepertimana harapan penulis ini iaitu selepas membaca dan menonton kesemua 17 video, dan selepas anda membetulkan kembali mindset kewangan dan memeriksa tahap kesihatan kewangan, penulis yakin anda akan lebih bijak merancang kewangan dan ini akan berlaku.

  • Merancang apa nak buat selepas itu untuk menambahbaik kesihatan kewangan.
  • Mengira sendiri berapa coverage takaful yang sesuai dan pilih produk yang paling berbaloi berdasarkan kedudukan kewangan.
  • Perancangan jangka masa panjang untuk simpanan, takaful dan pelaburan.
  • Memilih pelaburan yang sesuai untuk membuat perancangan persaraan.
  • Mengetahui kepentingan untuk merancang pusaka.
  • Membuat juga simpanan dengan berdisiplin, tahu nak simpan kat mana dan berapa banyak nak simpan.
  • Mengetahui keperluan untuk menyucikan harta melalui zakat dan sedekah.

Dapatkan Panduan ini dengan KLIKSINI atau klik Tempah Sekarang di bawah. Terima kasih.

beli panduan urus kewangan dengan lebih bijak