Paip Air Yang Tepat untuk Mesin Basuh


Tepat! itulah yang boleh saya simpulkan setelah memasang PAIP AIR ini untuk disambungkan ke kepala wayar air mesin basuh. Ya ini adalah paip+soket 2dalam1 (rujuk gambar atas) yang khas dibuat untuk penyambungan air ke mesin basuh.

Jadi sesiapa yang ada masalah air bocor atau menitis-nitis keluar kat kepala penyambungan paip air setiap kali menggunakan mesin basuh, saya rekemen anda gunalah paip air + soket ini. Selesai masalah.

Saya cerita sikitlah macam mana saya boleh terjumpa paip mesin basuh ini. Kisahnya saya pergi ke Cowboy untuk lihat-lihat paip air mesin basuh yang baru sebab muncung paip air lama saya tu dah rapuh kat bahagian muncung. Jadi saya rasa mungkin sebab muncung tu rapuh menyebabkan air bocor dan menitis keluar, sebab saya dah cuba ketatkan sekuat yang boleh kepala soket yang pasang kat muncung paip air tu. Tetapi walau dah ketat mana sekalipun air masih lagi bocor masih juga menitis-nitis keluar setiap kali buka air untuk membasuh. Entahla, mungkin cara saya tak tepat atau memang betul sebab muncung dah reput dan rapuh sebab sebelum ini (saya berpindah) ok je.

Sedang melihat-lihat jenis paip air yang ada di Cowboy tu, saya terjumpa paip air sekali dengan soket macam 2 dalam 1 la. Mulanya sangsi jugak boleh ke tak ni sebab tak dapat nak bayangkan macam mana muncung paip ini nak di sambung ke soket wayar air mesin basuh. Plastik pembalut paip air tu saya dah saya buang tapi saya rasa ada terbaca kat plastik pembalut itu yang paip ini boleh digunakan untuk mesin basuh. Jadi saya belila. Brand apa dan berapa harga, maaf saya dah lupa dan plastik pun dah buang. Tapi saya rasa murah-murah je. Selepas pasang dan guna, terbuktilah paip air bersoket ini tepat untuk digunakan sebagai penyambung soket wayar air mesin basuh. Sekarang masalah air bocor dan menitis mesin basuh saya dah selesai.

Berminat nak dapatkan juga? Anda cuba pergi ke Cowboy terdekat di bahagian paip-paip air untuk lihat-lihat dan moga-moga paip air bersoket ini masih ada stok dan belum sold out.

p/s: Pastikan muncung paip itu sama macam dalam gambar diatas. Jangan salah beli muncung nanti tak boleh digunakan pula untuk mesin basuh.

Support: Setiap pembelian anda dalam Platform SENARAI.MY amat saya hargai dan terima kasih diatas sokongan anda.