Mari Belajar Kira Kos Bil Elektrik TNB Peralatan Elektrik Rumah


Langkah pertama ialah dapatkan info kiloWatt(kW) peralatan elektrik tersebut. Biasanya info ada di nyatakan pada stiker yang ditampal pada badan peralatan tersebut. Sekiranya maklumat dalam bentuk Watt, tukarkan siap-siap kepada kW dengan bahagikan kepada 1000. Cth: 800W=800W/1000=0.8kW.

Kedua ialah, kenal pasti berapa lama peralatan elektrik tersebut di ON atau digunakan dalam sehari mengikut kiraan jam. Cth: anggaran kipas ON sehari selama 12 jam.

Ketiga ialah kenal pasti jumlah penggunaan unit meter elektrik(kWh) sekarang berada pada julat mana? Caranya ialah lihat berapa bacaan meter rumah sekarang di tolak(-) dengan Bacaan Meter Semasa pada kertas bil elektrik bulan lepas. cth: bacaan meter kWh rumah sekarang ialah 1579. Manakala bacaan meter semasa pada bil elektrik bulan lepas ialah sebanyak 1184. Tolakkan 1576-1184=392 unit kWh.

Keempat ialah kenal pasti berapa di caj untuk setiap unit kWh yang digunakan. Rujuk kepada blok tariff TNB pada kertas bil elektrik tersebut atau boleh lihat di laman website TNB seperti juga gambar di bawah:

kadar tarif elektrik tnb

Daripada tarif tersebut, tahulah kita unit kWh semasa rumah adalah sebanyak 392. Oleh sebab itu, ia berada pada julat 301~600 kWh dimana setiap 1 unit atau 1kWh, kita akan di caj sebanyak 51.60 sen atau mudahnya RM0.516.

Kelima ialah, guna formula ini (berapa kW x berapa jam ON sehari  x RM0.516)=caj elektrik sehari.

Oklah saya bagi contoh Aircon yang berkuasa 800W atau 0.8kW telah dipasang ON selama 6 jam dalam sehari. Untuk kes aircon, agak sukar nak tahu berapa lama sebenarnya tempoh ON sebab ada masanya aircon akan off bila dah capai suhu tertentu dan akan on semula bila suhu meningkat. Ini sebagai contoh anggaran sahaja penggunaan aircon dalam sehari 24jam ialah sebanyak 6 jam sehari dan tarif sekarang di caj pada RM0.516 setiap 1kWh. Jadi anggaran kiraan kos penggunaan elektrik adalah seperti berikut:

0.8kW x 6jam x RM0.516=RM2.48 pada HARI INI kerana caj ini akan berbeza-beza mengikut blok tarif tnb pada masa kejadian. Rujuk gambar dibawah sekali lagi:

kadar tarif elektrik tnb

KALKULATOR BIL ELEKTRIK

Ada satu website yang anda boleh gunakan untuk memudahkan buat kiraan. Hanya perlu tahu berapa kWh peralatan elektrik dan berapa caj tarif terkini meter rumah. Lepas tu masukkan nilai-nilai ke dalam website tersebut.

KLIK WEBSITE SINI atau boleh klik pada gambar dibawah:

Baca juga >>Cara & Tips Jimat Bil Elektrik