Lampu handbrake kereta perodua myvi menyala terus tak padam padam


Lampu handbreak kereta perodua myvi menyala terus tak padam padam

Punca kenapa lampu menyala tak padam walaupun handbrake dilepaskan

Hari tu semasa tengah drive kereta tetiba lampu indicator handbrake menyala. Ingatkan handbrake tertarik ke atas tapi dalam kes ini tak, handbrake elok je telah dilepaskan.

Berhenti kereta di tepi dan saya cubalah tarik-lepas tarik-lepas handbrake tapi tak jadi apa, lampu masih menyala. Panikla juga kejap. Try matikan enjin semua cabut kunci lepas tu hidupkan semula enjin kereta, cuba tarik-lepas handbrake, pun masih sama, lampu indicator handbrake masih menyala.

Try bawak kereta, mujurlah tak rasa macam kereta berat sebab membrek. Mulanya saya suspect wiring rosak atau soket tercabut ke atau sensor rosak. Buat carian google dulu, terbaca mungkin salah satu sebab kenapa lampu handbrake menyala tak padam-padam, kereta saya myvi 1.3 tahun 2006, adalah disebabkan paras minyak brek yang rendah, tidak diparas yang sepatutnya.

Dengan berbekalkan info tersebut, saya pergi ke bengkel dan terus cakap kat mekanik untuk check dahulu paras minyak brek disamping saya inform tentang masalah lampu handbrake yang menyala tak padam walaupun handbrake dilepaskan.

Mekanik check dan betullah minyak brek kereta saya itu pada level yang rendah. Bila penuhkan je minyak brek ke level yang sepatutnya, terus ok, lampu handbrake padam bila dilepaskan. Fuhh lega. Mujurlah bukan masalah yang lebih serius. Kos minyak brek pun murah jer.

Jadi sekiranya kereta anda myvi macam saya, mungkin punca masalah sama iaitu paras minyak brek yang rendah menyebabkan sensor handbrake tidak dapat beroperasi menyebabkan lampu indicator handbrake menyala-nyala tidak padam walaupun handbrake dilepaskan.

Segeralah ke woksyop yang berhampiran dan minta mekanik check paras minyak brek dan informlah masalah lampu handbrake tersebut juga. Moga-moga sama macam saya minyak brek yang paras rendah. Kalau bukan isu paras minyak brek yang rendah, tak tahulah saya, tanyalah mekanik anda itu apa puncanya.

Sekian sahaja daripada saya, harap membantu anda. Terima kasih.