Kiraan dan Cara serta Tips Jimat Bil Elektrik


cara jimat bil elektrik

[wp_ad_camp_3]

Pertamanya kita mesti faham dahulu bagaimana bil elektrik dikira setiap bulan. Penggunaan elektrik berdasarkan kepada tempoh bil yang boleh didapati pada kertas bil elektrik tnb. Contohnya 19.05.2019~18.06.2019. TNB akan mengambil bacaan kilowatt hour atau kWh daripada meter pada tarikh terakhir 18.06 kemudian di tolak(-) pada bacaan meter pada tarikh permulaan 19.05.

Jumlah bacaan kemudian akan dikenakan caj RM berdasarkan kepada Blok-blok Tarif (kWh) seperti gambar di bawah yang diambil daripada website Tenaga Nasional Berhad atau TNB.

blok tarif elektrik tnb
Blok Tarif (kWh)

Contoh katakan jumlah unit kWh yang direkod dari 19/05 ~ 18/06 ialah 338 kWh. Berapakah RM yang perlu kita bayar?

Nota: 1 unit kWh atau 1kWh untuk mudah faham ialah, contoh sahaja, 1 mentol lampu berkuasa 1000W atau 1kW. Mentol ini dipasang selama 1jam. Cukup 1jam maka mentol ini telah guna elektrik sebanyak 1kWh, dan kita dikenakan caj sebanyak RM0.218 sen atau RM0.334 sen atau RM0.516 sen atau RM0.546 sen atau RM0.571 sen bergantung kepada waktu mentol itu dipasang, rumah kita berada di blok tarif yang mana seperti dalam gambar di atas.

Maka untuk 338 unit kWh yang kita telah guna, kita dikenakan caj elektrik seperti dibawah (rujuk gambar blok tarif di atas):

  • 200 kWh yang pertama: Setiap unit, caj adalah RM0.218 sen. Jadi kat sini kita telah guna maksimum kuota dan dicaj 200unit x RM0.218=RM43.60 dengan baki 338-200=138kWh lagi.
  • 100 kWh berikutnya: Baki kita 138kWh. Untuk blok ini kita dikenakan caj sebanyak RM0.334 sen untuk setiap 1kWh. Maksimum juga kita guna 100 unit jadi caj yang dikenakan ialah 100xRM0.334=RM33.40 dengan baki 138-100=38 unit kWh lagi.
  • 300 kWh berikutnya: kita dikenakan caj sebanyak RM0.516 sen setiap unit kWh. Jadi baki kita 38 unit maka caj kita kena ialah 38xRM0.516=RM19.61 dengan baki 0. Jika masih ada baki, teruskan pula dengan blok tarif-tarif seterusnya seperti dalam gambar diatas.

Oleh itu, jumlah bayaran yang kita perlu bayar TNB untuk tempoh penggunaan elektrik kita dari 19/6~18/07(31hari) adalah sebanyak RM96.61 sen.

Berbalik pula kepada cara jimatkan bil elektrik. Cara pada pandangan saya iaitu, jumlah bacaan meter kWh seboleh-bolehnya kurang 200 unit setiap bulan. Ini kerana caj yang dikenakan pada blok tarif pertama itu paling murah, RM0.218 sen setiap unit. Caj maksimum jika guna tarif ini sahaja ialah RM43.60.

Kalau tidak boleh bawah 200 unit sebulan, ikhtiarkan supaya blok tarif pertama digunakan selama mungkin (cth: 20hari), blok tarif kedua (caj RM0.334 sen setiap unit) digunakan sedikit hari sahaja, sehinggalah tamat tempoh bil untuk bulan itu.

Jika penggunaan lebih juga 300 unit kWh sebulan, ikhtiarkan supaya caj blok tarif ketiga (RM0.516 sen setiap unit) digunakan beberapa hari sahaja sebelum tamat tempoh bil.

Mudahnya begini, contoh untuk tempoh bil ini 19/06~18/07. Caranya ialah blok tarif pertama digunakan selama yang mungkin supaya blok-blok tarif yang lain tidak atau digunakan seminimum yang mungkin sehinggalah tamat tempoh bil pada 18/07 itu. Harap anda boleh fahamla apa yang saya cuba sampaikan.

Dan mungkin tips ini anda boleh gunakan juga dalam usaha meminima kan jumlah unit kWh setiap bulan:

  • Tutup suiz elektrik apabila tidak menggunakan peralatan elektrik. Contoh tutup lampu jika tiada orang.
  • Kurangkan tempoh penggunaan peralatan elektrik yang selalu diguna dalam tempoh yang panjang. Contoh TV. Jika dipasang 18 jam sehari, boleh kurangkan kepada 12 jam sehari contohnya.
  • Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi. Biasanya dilabel dengan Energy Star. Semakin banyak Star, semakin cekap penggunaan elektrik olehnya. Oleh itu, ia lebih boleh menjimatkan bil elektrik kita. Boleh bertanya kepada jurujual peralatan elektrik tentang penjimatan tenaga.
  • Untuk lampu boleh tukar kepada LED kerana Led biasanya menggunakan kuasa yang lebih rendah berbanding lampu atau mentol biasa.
  • Untuk aircon, boleh gunakan DRY MODE juga. Pada mode ini, kompressor akan kurang bekerja, jadi penggunaan elektrik dapat dijimatkan berbanding menggunakan Cool Mode. Info lanjut boleh rujuk artikel ini-> DryMode
  • Untuk penapis air yang ada fungsi panas dan sejuk, boleh pilih yang ada fungsi jimat elektrik dan fahamkan bagaimana penjimatan itu berlaku daripada agen jualan.

Secara amnya, peralatan elektrik yang mempunyai Watt yang lebih besar, akan menggunakan elektrik yang lebih banyak, begitu juga sebaliknya. Walaubagaimanapun, tempoh guna peralatan tersebut memainkan peranan penting dalam usaha untuk menjimatkan bil elektrik setiap bulan.