Kereta baru atau duit yang mana dulu


kereta atau duit

Apa yang saya akan cerita ini hanyalah daripada pengalaman saya sahaja moga-moga boleh memberi sedikit ‘garam’ kepada kehidupan anda kerana saya kini berumur 36 tahun mungkin terlebih dahulu makan garam daripada anda.

Saya kalau boleh nak dua-dua iaitu sebuah kereta baru dan duit, siapa yang taknak kan? Tetapi jika keadaan semasa perlu buat pilihan…saya akan pilih duit terlebih dahulu berbanding dengan kereta baru.

Ini kerana saya dah ada sebuah kereta pun walaupun agak lama tetapi masih ok dan selesa untuk buat jalan-jalan atau balik ke kampung bersama anak-anak dan isteri. Tetapi jauh disudut hati, dengan Malaysia sekarang ini macam-macam model kereta baru yang canggih, teringin juga untuk tukar kereta.

Tapi jika dengan kereta baru itu, membuatkan saya tak boleh balik ke kampung dengan lebih kerap kerana budget tak ada sebab bayar ansuran bulanan kereta baru itu, maka saya pilih duit dahulula berbanding kereta baru.

Bayangkan duit yang ada itu digunakan untuk balik ke kampung setiap minggu atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali, kehidupan saya akan lebih ceria dan aktif. Bayangkan petang jumaat wasap isteri cakap jom kemas, kita balik kampung jam 6ptg, rasa best tak? rasa aktif tak?

Macam saya ni, dapat buat perkara-perkara macam itu pun dah menggembirakan saya. Asal hari minggu sahaja, balik ke kampung atau keluar dari rumah ke tempat-tempat yang lain dan ahad balik semula, isnin masuk bekerja dan jumaat keluar pula ke mana-mana begitulah seterusnya.

Sebab itu kalau perlu pilih antara kereta baru dengan duit, saya akan pilih duit, katakan anggaran bayaran bulanan kereta baru RM1k++, bayangkan duit itu untuk balik kampung setiap 2 minggu mesti hidup rasa aktif berbanding tak boleh balik ke kampung.

Tapi saya masih berusaha untuk dapat kedua-duanya, sebuah kereta baru yang lebih selesa dan duit untuk digunakan setiap hari minggu atau cuti. Dan saya pun tak adalah nak kereta mahal-mahal, kalau dapat proton x70 yang ckd tahun 2020 ni pun dah ok sangat dah, anggaran RM1k++ sebulan.

Jadi saya harap anda boleh faham apa yang saya cuba ceritakan ini. Dua-dua kalau boleh, atau pilih duit terlebih dahulu jika ia boleh beri kehidupan anda lebih aktif seperti balik ke kampung dan sebagainya.

Apapun itu adalah perkongsian saya semata-mata. Anda renung-renungkanlah. Terima kasih.