E-learning Seminar BMW Bijak Merancang Wang oleh Tuan Afyan Mat Rawi


seminar bijak merancang wang afyan mat rawi 2020

Apa itu E-Learing Seminar BMW atau Bijak Merancang Wang

E-Learning Seminar Merancang Wang atau #eSeminarBMW adalah rangkuman modul mengurus kewangan yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka.

Ia dibangunkan sejak lebih 10 tahun dan dipersembahkan kepada ribuan peserta melalui siri-siri ceramah, program, bengkel dan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di seluruh negara, ia turut digunakan oleh para konsultan kewangan di INFAQ Consultancy untuk membantu pelanggan.

Ini pertama kali dipersembahkan dalam bentuk rakaman video, dan disertakan bersama ebook dalam pakej #eSeminarBMW.

Untuk siapakah Seminar ini

Jika Anda Sedang Melalui Fasa-fasa berikut, SeminarBMW ini untuk anda

  • Nak baiki masalah kewangan, duit selalu tak cukup. Gaji memang selalu tak cukup. Selalunya apabila dapat gaji, ia akan habis untuk bayar hutang. Tengah bulan dan hujung bulan selalu pokai dan terpaksa berhutang.
  • Mudah sangat terpengaruh dengan promosi jualan murah. Suka berbelanja sampai tak ingat dunia setiap kali dapat gaji. Tapi kemudian tengah bulan akan menyesal dan hujung bulan terasa masa begitu perlahan untuk sampai ke bulan baru.
  • Rasa terbeban dengan hutang piutang keliling pinggang. Rasa macam best dapat beli kereta mahal, buat personal loan dan sebagainya tapi rasa tertekan untuk bayar ansuran bulan-bulan.
  • Keliru dengan produk-produk kewangan yang ada di pasaran seperti takaful, unit trust.
  • Nak melabur tapi tak tahu nak buat macamana. Serik dengan pengalaman kerugian beribu-ribu RM sebab pernah kena scam dengan skim cepat kaya.
  • Tak berdisiplin dalam menyimpan. Kalau buat simpanan pun selalunya tak mampu nak konsisten. Lepas beberapa bulan, akan keluarkan. Konon-konon simpan, tapi keluarkan balik. Kalau berlaku kecemasan, tak mampu nak sediakan sediakan RM1,000.
  • Tak tahu nak kira berapa banyak coverage yang diperlukan dan berapa banyak caruman yang sepatutnya. Keliru degan penerangan ejen tentang takaful, medical card yang ada macam-macam versi penerangan.

Isi Kandungan untuk eBook

Bab 1: Pendahuluan

Dalam bab ini anda akan ketahui mengenai merancangan Harta Dan Pengurusan Kewangan. Punca Hutang Rakyat Malaysia dan bagaimana menyelesaikannya serta apa beza antara Perunding Kewangan vs Jurujual Produk Kewangan.

Bab 2: Aliran Tunai Kewangan / Cashflow

Anda akan pelajari tentang Aliran Tunai  atau Cashflow dan pengenalan kepada Formula Kewangan Menggunakan Model INFAQ.

Bab 3: Nilai Aset Bersih / Nett Worth

Anda akan mengetahui bagaimana Menghadapi Gawat. Ibrah Surah Yusuf dan siapa yang akan bayar hutang yang kita buat selepas meninggal dunia.

Bab 4: Simpanan Kewangan / Saving

Bab ini akan memperkenalkan tentang  Simpanan, bagaimana Memulakan Simpanan dan persiapan dalam Merancang Haji.

Bab 5: Perlindungan Kewangan / Protection

Bab ini amat penting memandangkan ramai tidak mengambil berat. Saya berkongsi Fungsi Takaful, Medical Card 3 Dalam 1, Memilih Polisi Yang Betul dan perbezaan antara Takaful Medical Card dan Takaful Penyakit Kritikal. Juga didedahkan Takaful Sebagai Pengganti Pendapatan/Income Protection dan yang paling penting, Baca Polisi Medical Card Anda.

Bab 6: 7 Perlaburan Kewangan / Investment

Bab yang penting ini, saya berkongsi  bagaimana memulakan Pelaburan Pertama, Panduan Pelaburan Amanah Saham, Pelaburan Dan Kepelbagaian, Plan Persaraan; Cara Pengiraan, Emas Sebagai Penyimpan Nilai serta perbandingan antara Bank Konvensional Vs Bank Islam.

Bab 7: Penyucian Kewangan / Purification

Bab ini saya berkongsi Pesanan yang Berharga berkaitan kewangan dan kenapa anda perlu melakukan Hibah dan Waqaf, Perancangan Kewangan Akhirat. Sebagai seorang beragama Islam, ada lagi satu zakat yang digalakkan dilakukan.

Bab 8: Pengagihan Kewangan / Distribution

Merancang kewangan bukan setakat memastikan wang sara hidup cukup tetapi juga merancangan kewangan kematian. Saya juga menyentuh Bagaimana Merancang Harta Sepencarian dan Isu berkaitan Harta Sepencarian. Tidak lupa juga Penama Bukan Pewaris, hal yang jarang disentuh oleh orang ramai.

Bab 9: Penutup

Bab terakhir ini, saya dedahkan apa berbezaan antara Kaya Vs Miskin. Dan akhir sekali bagaimana hendak menjemput rezeki sebagai penutup ebook ini.

17 Rakaman Video Yang Akan Anda Belajar

  • VIDEO 1 bermula dengan mindset kewangan yang menjadi asas dalam perancang kewangan. Semua orang mempunyai matlamat kewangan tapi tak semua orang ada mindset yang betul untuk mencapai matlamat tersebut.
  • VIDEO 2 memberi penerangan satu persatu gambaran kasar modul IQ+FQ=INFAQ ini. Ia disusun mengikut modul cashflow, nettworth, simpanan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.
  • VIDEO 3 menyebut tentang modul pertama dan kedua INFAQ, iaitu CASHFLOW dan EXPENSES, yang menjadi asas kepada perancang kewangan.
  • VIDEO 4 masih dalam modul utama INFAQ, tentang contoh aliran tunai membeli kereta yang ramai terlepas pandang.
  • VIDEO 5 masih dalam perkara asas, berkaitan panduan aliran tunai membeli kereta. Beli kereta tak salah tapi ramai orang yang membeli kereta yang salah. Dari sini kita dapat tengok betapa dengan hanya membeli kereta yang betul dapat meningkatkan simpanan.
  • VIDEO 6 selepas selesai asas, kita masuk ke modul yang ketiga INFAQ iaitu SIMPANAN. Kenapa penting kita dahulu simpanan? Supaya mudah untuk ke modul seterusnya ialatu PERLINDUNGAN dan PELABURAN.
  • VIDEO 7 berkenaan modul 4: PERLINDUNGAN. Ia penting untuk melindungi aliran tunai, aset, simpanan dan memastikan hutang juga terjamin dilangsaikan. Dalam video ini diberikan sample kiraan untuk INCOME PROTECTION.
  • VIDEO 8 masih berkenaan PERLINDUNGAN, fokus tentang sakit kritikal pula. INCOME PROTECTION yang sempurna memerlukan coverage untuk KEMATIAN, LUMPUH dan SAKIT KRITIKAL.
  • VIDEO 9 juga masih tentang modul PERLINDUNGAN, tapi kali ini berkenaan tentang medical card. Apakah perkara penting dalam melanggan medical card.
  • VIDEO 10 untuk memahami serba sedikit produk-produk takaful yang ada di pasaran serta cara untuk mengreview sendiri polisi takaful anda.
  • VIDEO 11 kita masuk topik modul 5: PELABURAN. Kenapa kita perlu buat PELABURAN dan kaitannya dengan inflasi. Matlamat utama kenapa kita perlu PELABURAN adalah untuk PERSARAAN.
  • VIDEO 12 masih berkisar tentang PELABURAN, kali ini dengan strategi menghadapi inflasi. Dengan memahami inflasi baru kita nampak berapakah potensi pelaburan minima yang kita patut sasarkan.
  • VIDEO 13 juga masih berkisar tentang PELABURAN, dan kali ini peluang-peluang pelaburan yang ada serta kos dan risikonya. Dari sini kita boleh pilih Apakah pelaburan yang sesuai.
  • VIDEO 14 masih dalam topik PELABURAN. Kali ini ialah memahami bentuk-bentuk keuntungan daripada setiap pelaburan berdasarkan startegi CASHFLOW atau NETTWORTH atau kedua-duanya.
  • VIDEO 15 masuk modul 6: PURIFICATION. Setiap hatta yang kita miliki ada milik orang lain. Kita perlu bersihkan melalui zakat.
  • VIDEO 16 masih dalam modul PURIFICATION. Kali ini tentang cukai pula. Perkara yang kita tidak boleh dalam hidup, selain mari.
  • VIDEO 17 adalah modul terakhir, DISTRIBUTION / INHERITANCE, pengagihan harta pusaka. Segala harta yang kita miliki, akhir sekali akan jadi milik waris.

Selepas membaca dan menonton kesemua 14 video, dan selepas anda membetulkan kembali mindset kewangan dan memeriksa tahap kesihatan kewangan, saya yakin anda akan lebih bijak merancang kewangan.

Dapatkan sekarang e-learning seminar bijak merancang wang 2020

untuk tempahan sila kliksini atau klik tempah sekarang di bawah. Terima kasih.

beli seminar bijak merancang wang afyan mat rawi 2020 ebook video e-learning