Cara buat blog 2020


cara buat blog 2020

Blog wordpress dengan domain sendiri

Mula-mula anda mesti beli nama domain dan pakej hosting. Saya rekemen beli di Datakl Solutions Sdn Bhd kerana pengalaman saya dari segi support mereka sangat pantas dan mesra pengguna. Untuk beli domain, domain merupakan nama unik atau link ke blog anda apabila pengguna taip di browser internet atau klik link, cth: abc.com. Saya rekemen beli yang berakhir dengan .com semasa anda buat carian nama yang masih ada.

Semasa beli domain itu, boleh terus tambah pakej hosting. Saya rekemen untuk permulaan boleh langgan pakej Shared Hosting Starter yang Data Mini. Bayaran secara tahunan. Atau sekarang terbaru saya tengok ada pakej khas iaitu WordPress Hosting yang kenakan bayaran secara bulanan. Saya kira Datapress1 dan memadai untuk anda yang baru bermula.

Selepas selesai semua, anda pergi ke cPanel domain anda dengan melayari http://www.domainanda.com/cpanel. Semua info username dan password ada pihak datakl emailkan kepada anda. Boleh contact datakl support jika perlukan apa-apa bantuan teknikal.

Pertama sekali kita nak tambah security dari http ke https, jadi lepas ini untuk ke cPanel guna yang https://www.domainanda.com/cpanel. Caranya ialah bila dah berjaya login ke cPanel, scroll ke bawah pergi ke menu SECURITY dan klik kat Let’s Encryptâ„¢ SSL. Klik +issue pada nama domain anda tersebut dan klik issue. Bila dan selesai anda boleh lihat status installed. Selesai. Kembali semula ke cPanel dengan klik cPanel logo kat atas tu.

Yang kedua ialah kita nak tukar version PHP kepada yang latest jika belum disetkan latest. Ini kerana wordpress guna programming language PHP. Jadi penting untuk guna versi yang terkini. Caranya ialah scroll ke bawah ke menu SOFTWARE dan klik kat Select PHP Version. Kemudian pilih versi yang terkini. Mcm sekarang 7.4. Kemudian klik set as current. Selesai. Kembali semula ke cPanel.

Saya cadangkan anda logout dulu dan login balik guna link yang https://www.domainanda.com/cpanel

Sekarang kita akan install wordpress. Scroll ke bawah ke menu SOFTACULOUS APPS INSTALLER dan klik kat WordPress. Klik Install Now.

  • Choose the version you want to install : pastikan versi paling latest. No paling besar. Mcm sekarang 5.4.1
  • Choose Installation URL : Saya cadangkan pilih https://www atau https:// sahaja. Yang penting mesti https dan bukan http. In-Directory biarkan kosong tak isi apa-apa, iaitu delete perkataan wp itu jika ada.
  • Admin Username : Biasanya saya letak admin atau apa-apa nama pun boleh.
  • Admin Password : Saya guna generate random password yang icon kunci tu. Pastikan anda simpan username dan password ini untuk tujuan login ke wordpress anda nanti untuk buat posting dan sebagainya.
  • Select Theme : Boleh pilih atau tak pilih pun tak apa dulu, wordpress akan install yang original atau default.
  • Email installation details to : isilah sebagai rujukan.
  • klik install

Jika tiada sebarang isu wordpress akan berjaya di install. Boleh klik link untuk lihat blog anda itu dan untuk login ke blog anda untuk buat posting dan sebagainya layari link Administrative URL yang diberikan itu. Anda copy dan simpan link tersebut atau bookmarks kan supaya tak lupa.

Kembali semula ke cPanel dengan klik cP kat atas tu. Anda boleh logout dari cPanel ini.

Sekiranya blog wordpress anda masih login, anda boleh klik logout juga. Nak login balik ke wordpress guna Administrative URL atau boleh klik Log In kat Meta blog anda itu.

Selesai. Terima kasih.