Apa itu Fingo dan cara daftar akaun percuma


apa itu fingo

Pengenalan fingo dan akaun Shopper

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Dalam posting ini saya cuba terangkan secara ringkas apa yang saya faham tentang satu aplikasi membeli belah dalam talian berkonsepkan social ecommerce yang dikenali sebagai FINGO. Saya merupakan pengguna fingo yang telah upgrade daripada daripada akaun Shopper(SH) ke akaun Preferred Shopper(PS).

Fingo merupakan sebuah aplikasi mobile yang membolehkan pengguna membeli belah secara online pelbagai barangan terpilih sama ada dari dalam atau luar negara. Barang-barang pula dipilih sendiri oleh syarikat Fingo (M) Sdn Bhd sebelum dimasukkan ke dalam aplikasi fingo untuk dipilih dan dibeli oleh pengguna-pengguna fingo berdaftar.

Sebelum boleh membeli belah, anda mestilah mendaftar terlebih dahulu satu akaun, percuma sahaja untuk mendaftar. Akaun percuma ini dikenali sebagai SHOPPER atau PEMBELI. Akaun jenis Shopper fokus kepada mereka yang ingin membeli-belah sahaja. Anda daftar akaun percuma, pilih barang dan buat bayaran. Pihak fingo akan uruskan penghantaran ke rumah anda. Saya percaya anda dah biasa buat pembelian atas talian kan. Lebih kurang sama sahaja dengan fingo akaun shopper.

Dapat lebih lagi dengan upgrade akaun ke Preferred Shopper

Selain daripada fungsi membeli belah, fingo juga ada akaun untuk anda dapat pulangan cashback daripada belian sendiri juga. Contoh anda beli barang yang berharga RM90, anda boleh dapat balik cashback sebanyak 4 points contohnya. Nilai Point berbeza-beza mengikut barang. Cukup je 10 points anda boleh withdraw ke akaun bank anda. Rate terkini point ialah 1point = RM1. Jadi akaun PS atau preferred shopper ini lebih menjimatkan. Amat sesuai bagi mereka yang selalu atau suka shopping online.

Yang kedua ialah fingo juga berkonsepkan sosial ecommerce dimana anda berpeluang untuk kumpul cashback daripada pembelian rakan-rakan anda apabila mereka shopping di fingo. Caranya ialah apabila anda upgrade akaun daripada Shopper ke Preferred shopper, anda akan ada link unik milik anda. Link tersebut anda boleh share kepada kawan-kawan, family atau sesiapa sahaja dimana apabila mereka mendaftar akaun fingo melalui link anda itu, mereka akan jadi team Shopper anda. Dan setiap kali mereka membeli di fingo dengan status akaun Shopper (maksudnya mereka tidak upgrade ke Preferred Shopper) setiap kali itulah anda boleh dapat point cashback daripada meraka. Contoh anda ada 100 orang shopper yang membeli dan barang itu ada cashback sebanyak 4 points, maka anda akan dapat 100x4points=400 points = RM400. Sesuai bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan.

Ahli team Shopper anda Upgrade ke Preferred shopper juga macam anda

Sekiranya anda ahli team SH anda upgrade ke PS, anda akan dapat satu nilai cashback yang tinggi ialah sebanyak 50point=RM50 setiap seorang, sekali sahaja. Contoh daripada 100 SH anda, 30 upgrade ke PS, makan anda akan dapat 50pointsx30=1500points=RM1500.

Nota: Mereka yang telah upgrade ke PS akan terkeluar dari team SH anda. Jadi apabila mereka yang sudah jadi PS ini membuat pembelian di fingo, anda tidak akan dapat lagi point cashback daripada mereka kerana point tersebut mereka sendiri yang dapat masing-masing sebagai cashback belian sendiri sepertimana yang saya ceritakan diatas. Anda telah dapat cashback sekali sahaja sebanyak 50point=RM50 seperti yang saya cerita di atas sebaik sahaja mereka selesai upgrade.

Cara upgrade akaun Shopper (SH) ke Preferred Shopper (PS)

Untuk upgrade anda klik menu Preferred di apps fingo tersebut dan buat satu pembelian mana-mana Preferred Product yang ada dalam tu. Pada masa saya tulis ini ada produk yang berharga RM99, RM169, RM199, RM229, RM399 dan RM460. Anda pilihla satu produk yang anda nak beli disamping dapat juga voucer-voucer tertentu. Anda boleh lihat detail dalam apps fingo sekejap lagi.

Langkah pertama ialah mendaftar satu akaun Shopeer SH di tahun 2020 ini

Oklah, saya rasa sampai sini sahaja dulu penerangan ringkas tetapi utama tentang aplikasi beli belah sosial ecommerce, fingo. Saya harap anda boleh fahamlah dan nampak potensi dan peluang di fingo ini. Moto Fingo adalah Buy To Save Share to Earn.

Anda boleh daftar dulu satu akaun percuma fingo untuk lihat produk-produk yang ada. Jika nak lebih jmat boleh upgrade ke Preferred Shopper bila-bila masa untuk dapatkan cashback belian sendiri atau jika anda nak collect cashback lebih banyak dan cepat boleh upgrade dan share link anda itu kepada seramai yang mungkin. Lebih ramai yang daftar fingo guna link anda, lebih banyak potensi cashback yang anda boleh dapat. Untuk mendaftar:

  • Klik Daftar Sekarang di bawah
  • Klik Join Now
  • Klik sign Up
  • Isi No.Hp, tekan verification code untuk dapatkan code Verification dan masukkan password.
  • Klik Sign Up
  • Selepas itu klik kat menu atas, Open fingo App untuk download app fingo.
  • Kemudian buka app>Account>Klik kat Anonymous>Log in untuk masuk ke akaun fingo anda.
  • Tahniah! Anda kini seorang SH Fingo.
Daftar akaun fingo 2020

p/s: Dalam banyak-banyak barangan di fingo, mungkin ada yang anda berkenan, rasa nak beli barang tersebut. Inilah kekuatan fingo dan ini mungkin peluang bisnes yang baik untuk anda jana pendapatan di tahun 2020 ini dengan rekemen fingo kepada orang lain , dimana mereka shopping, anda boleh dibayar komisen cashback. Klik Daftar Sekarang juga.