penapis air coway

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dalam post ini, saya akan bercerita tentang produk penapis air keluaran syarikat Coway (M) Sdn Bhd. Ada 7 model yang boleh dipilih untuk dipasang dirumah, pejabat ataupun di kedai.

4 model menggunakan teknologi tapisan Reverse Osmosis (RO):

  1. Core
  2. Ferry
  3. Petit
  4. Villaem

2 model menggunakan teknologi tapisan NanoTrap:

  1. Harry
  2. Neo

1 model menghasilkan air 2-in-1, iaitu air bersih + air beralkali:

  1. Inception

Spesifikasi Penuh setiap model didalam gambar-gambar dibawah:

 

 

 

 

 

 

 

Ada 3 kaedah untuk membeli penapis air coway ini iaitu:

  1. Outright / Tunai
  2. Installment / Ansuran
  3. Rental / Sewa-beli

Tunai bermaksud anda membayar sekaligus harga produk menggunakan duit, cek atau kad kredit/debit. Anda turut mendapat Pakej Servis Membership selama 1-tahun (normal) atau bergantung kepada promosi terkini.

Ansuran pula anda membayar sekaligus harga produk dengan menggunakan kad kredit sahaja dan memohon bayaran balik secara ansuran setiap bulan kepada bank. Coway (M) Sdn Bhd telah bekerjasama dengan beberapa bank yang menawarkan plan ansuran bulanan dengan 0% interest. Boleh semak dengan agen coway disini atau hubungi bank kad kredit anda terlebih dahulu. Anda turut mendapat Pakej Servis Membership selama 1-tahun (normal) atau bergantung kepada promosi terkini.

Manakala Sewa-Beli bermaksud anda membayar sewa kepada Coway (M) Sdn Bhd setiap bulan dengan kontrak minima tempoh sewa mestilah 3-tahun dan maksima 5-tahun. Selepas 3-tahun, anda boleh (i) Pulangkan semula bila-bila masa atau (ii) Teruskan menyewa. Jika anda cukup sewa 3+2 tahun = 5-tahun, produk akan menjadi hakmilik anda. Anda juga akan mendapat Pakej Servis Membership sepanjang tempoh sewa tanpa sebarang bayaran tambahan lagi.

Pakej Servis membership adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Servis cucian mesin luaran & dalaman – Setiap 2-bulan
  2. Waranty kerosakan & spare parts
  3. Penukaran Filter berjadual

Macam mana? Menarik kan produk penapis air coway ni. Lengkap dengan pakej servis sekali. Saya rasa masalah untuk dapatkan air bersih yang banyak setiap hari selesai jika memasang penapis air coway ini.

Oklah, cukup sampai sini dulu untuk posting ini. Nanti saya akan buat posting lagi berkenaan dengan penapis air coway keluaran syarikat dari korea ini. Sekiranya anda dah rasa nak pasang penapis air coway sama ada di rumah mahupun pejabat, atau ada sebarang persoalan, boleh hubungi agen coway dgn klik logo dibawah untuk kami rekemen agen yang paling dekat dengan anda. Terima kasih, jumpa lagi.

 



p/s: Jika anda berada di luar kawasan di atas dan perlukan agen/bisnes berdekatan, klik logo REKEMEN di bawah + pilih kawasan anda.